Samstag, 29. März 2008

KONSERT KE-2 AF6

Uish dah lama juga aku tak tulis apa-apa kat blog ni ek. Hm minggu lepas ingat nak tulis pasal persembahan konsert bebudak af6 tapi tetiba sibuk pula. Lagi pun persembahan diorang minggu lepas veri da weak gitu. Yang ok pun ade lah 3-4 kerat jek. Ok this week lagu tugasan yang diorang dapat memang mencabar. Pertamanya jauh dari apa yang diorang selalu nyanyi dan keduanya karekter yang berbeza juga. Overall persembahan semalam ada up sket berbanding last week. Pembukaan Okke la tuh bak kata Saida..huhu. OK nak komen persembahan diorang ni(walaupon aku bukan profi).

Lufya - Cintaku 100%
Aku ni memang peminat dang dang dut..So aku ada high expectation untuk lagu ni. Percubaan yang baik dari Lufya walaupun biasa je. Satu vokal Lufya ni dia suka tarik2 n panjang2kan. Last2 apa yang keluar dari mulut die tu sound veri da pelik. Tapi salute sebaik memang gelek maut r. Tapi ada satu yang memalukan terjadik. Korang perati la betul2 time die menari tu, apa yang agak shame2..haha
3/10

Toi - Sang Pencinta
Pertama kali aku nampak jek dia, hati aku cakap apa la buruk sangat baju Toi ni. Harap jek ada Perunding Imej dalam tu. Tak buat keje apa. Nak buat gaya macam Sifu tapi kain dia jenis kain lembut. Nampak melayang jek n saiz macam tak fit untuk badan Toi. Nyanyian Toi ok la but too cool. Maybe he play safe kot sebab dia tau lagu ni susah.
3/10



Stanly - Sudah tu Sudah
Pilihan lagu yang agak tak best. Bagi aku kali ni Stanly agak teruk la. Penyampaian dia dalam lagu ni tak jelas sangat. Ntah tak tau nak komen apa coz nyanyian dia memang tak lekat kat jiwa ni.
4/10

Rina - Ku Seru
Awal2 Mama Rina start nyanyi jek aku dah suka. Awal2 dia best tapi bila dah tengah sket dia macam tak kawal suara dia. Dapat la dengar bunyi tak best. Tapi overall aku respek r coz she did quite a good job.
5/10

Alif - Angan dan Sedar
Persembahan Alif untuk minggu ni n minggu lepas is so da same. Cara dia nari cara dia pusing tangan dia. Sama jek. Streotype sangat. Kalo tak caya tengok la Konsert minggu lepas punya. Suara ok2 jek. Ada satu part tinggi tu dia tak berjaya hit. Jelas gak r time die kantoi tu.
4/10

Ika - Malu tapi Mahu
Lagu ni memang susah nak bawa. Aku dengar Dina bawa pun takde la sebagus mana. Part low memang low. Kalau untuk lelaki ok kot nak nyanyi lagu ni. Tapi untuk Ika memang rosak jadinya. Bukan la seteruk minggu lepas tapi antara semua pelajar AF6 ni vokal dia la yang paling lemah skali.
2/5

Naim - Aspalela
Naim is so la biasa jek nyanyian dia. Kesian gak kat dia coz dapat lagu ni. Tapi aku rasa dia antara yang tak lama kat dalam AF ni. Maybe he will be da first guy in AF6 ni yang akan terkeluar. Persembahan so-so jek.
2/10

Faisal - Ranggi Metropolis
Aku rasa Faisal ni tak sesuai la jadi penyanyi nasyid. Jadi penyanyi rock lagi ada gaya. Haha. Bak kata Ning dia dah tebus kesilapan dia minggu lepas. Gaya 10 markah. Vokal better than last week. Overall he was good. Aku enjoy la tengok show dia.
5/10

Saida - Doktor Cinta
Tarian die was awesome. Dengan bantuan teknik kamera nampak dia menarik memang lawa. Tak sangka gak dia teror nari. Tak kesah apa kata Adlin tapi dia menari memang lawa. Just vokal die jek yang agak teruk. Sometimes rasa suara die veri da berdesing gitu.
Ada part yang dia tak lepas. Pasni dia kena work hard on her vocal la.
4/10

Stacy - Rela
Aku ngaku dia ada suara yang bagus. Apa yang aku suka bila dia nyanyi tak dengar la pelat Sabah dia tu. AF before this kalau diorang datang dari Sabah n Sarawak dengar pekat sangat loghat negeri diorang tu. Tapi Stacy ok. Persembahan dia memang konsisten. See u in final. Hua Hua.
8/10

Riz - Separuh Masa
Lagi sekali pilihan baju yang sux. Menampakkan Riz ni gemok nak mampos. Sape la suruh kasi pakai baju belang horizontal, memang la nampak gemok. Ish kalo camni lagi baik aku jek yang jadi Penasihat Imej AF. Nyanyian Riz so-so jek. Menurun berbanding minggu lepas. Nampak Riz tak guna his full energy. Quite pelik gak la macam dia dah hilang motivation jek.
6/10

Nubhan - Tak Bisa Memilihmu
Nasib Nubhan baik dapat lagu yang betul sesuai dengan suara dia. Suara dia memang unik n sedap didengar. Vokal dia memang bagus. Tapi banyak gak dengar suara dia terkucil. Overall memang best.
7/10

Nadia - Umbrella
Pakaian lagi sekali aku tak suka. Color hitam nampakkan Nadia tenggelam. Dah la dancers pon pakai baju hitam. Nyanyian Nadia agak menurun berbanding minggu lepas. Aku rasa dia try too hard la too impress people. Tapi ok gak la. Takde r teruk sangat.
6/10

Menuju Puncak
Benci gila coz miming jek. Veri tak profesional. Tak masyuk la. Mintak2 next week diorang tak wat camni lagi. Tarian ada improvement. Berbanding minggu lepas yang memang tungang-langgang, minggu ni nampak lebih teratur.

Pelajar lelaki terbaik- Nubhan
Pelajar perempuan terbaik- Stacy

Freitag, 29. Februar 2008

OIAM FINALE


Kat finale OIAM2 kali ini hanya Ayu dan Shila yang berpeluang meneruskan langkah mereka merebut SEJUTA RINGGIT. Malang buat Sarah dia tersingkir pada langkah terakhir b4 dapat ke final. Aku berpuas hati Ayu n Shila went to final. As expected Sarah terkeluar. Bukan Sarah tak bagus tapi aku just nak tengok sumthing new n fresh. Aku ingat Sarah akan menangis bila dapat tau dia tak dapat ke final tapi she is a strong girl. Itu yang aku salute kat dia. Persembahan opening memang hebat dari peserta2 OIAM yang laen. Dak pompuan nyanyi Lady Marmalade(betul ke ek tajuk die ni. Bantai je r) n bdak laki nyanyi lagu Kau Terindah. OK then nak komen pasal persembahan Shila n Ayu pulak.

Shila
Macam aku citer sebelum ni, aku takde r minat ngan Shila ni. Tu semua pasal masa budak2 dia sibuk nak nyanyi and aku tak rasa dia sebagus mana. Tapi dalam OIAM2 ni aku nampak usaha dia untuk tunjukkan dia juga ada sesuatu. Persembahan time final aku boleh kategorikan dia sebagai OK nak ke BAGUS. Lagu first dia lagu latin agak menghampakan. Tak macam masa top 4 yang memang flawless kali ni dapat dengar banyak kesilapan time dia deliver lagu. Tapi aku rasa time tu dia veri da nervous. Pasal tu persembahan dia agak not in control. Second performance ialah lagu dia sendiri yg dicipta oleh Aubrey Suwito. I kinda love this song. Walaupon lagu Balada yang tak sesuai dengan personaliti Shila tapi aku rasa lagu ni memang best n sesuai utk Shila. Aku yakin lagu ni boleh hit kat radio. Her last performance lagu rancak memang sesuai dengan jiwa Shila. Shila bawa lagu ni memang dengan baik,energetik n ada attitude. But sumtimes Shila nampak really nervous man. Dia kena kawal la nervous dia tu kalo nak jadi penyanyi yang betul2 bagus.

Ayu
First lagu Ayu ialah Samudera. Dia bawa lagu ni dengan baik walaupun ade pecah gak kat awal2. Tapi aku just rasa persembhan dia OK je la. Tak berapa minat dia bawa lagu ni. Persembahan kedua ialah Ceritera Cinta. She delivered this song very well. Nampak r dia belajar yg menyanyi tu bukan hanya suara tinggi. Banyak lagi teknik yang boleh diguna. Lagu ketiga ialah single dia sendiri ciptaan Aubrey n lirik Habsah Hassan. Lagu ni aku tak tangkap lentok bila pertama kali dengar. Tak macam lagu Shila tadi. Maybe perlukan masa jugak. Ayu tak konsisten bawa lagu ni. Ada time bagus ade time suara dia pecah.Tapi overall Ayu did well dat nite.

Keputusan
Ayu is da one yg miliki suara bernilai sejuta ringgit. Bagi aku dia memang layak menang setelah berhempas pulas buat yang terbaik. For the first time rakyat Malaysia tak pandang paras rupa over talent. So tahniah buat Ayu but at da same time tahniah juga wat Shila dapat membuka mata rakyat Msia terhadap bakat anda(esp me).

Sum Komen pasal OIAM2:
~Awal banyak wat mistake gak malam ni walaupon small mistake. Nervous agaknya
~Kumpulan Hujan memang rock!!!
~Famili Shila nampak sangat sibuk hanto undi.LOL. Cover2 la sket.
~Luv da judges. Da best judges in reality show.
~Aura Ayu sebagai penyanyi dah mula nampak bila dia menyanyi.
~Shila nampak cantik sangat. Kalau aku pengarah filem memang aku amik dia sebagai pelakon citer cinta remaja.huhu.

Samstag, 16. Februar 2008

ONE IN A MILLION


Semalam adalah hari yang menggembirakan dan menyedihkan aku. Aku gembira pasal akhirnya Mark terkeluar coz aku rasa dia dah lama sangat dalam rancangan ni. Mungkin orang ramai terpikat kot dengan rupa dia yang cute tambah pulak ada lesung pipit. Nape la orang minat sangat tang lesung pipit ni ek? Aku pun tak paham. Yang sedih tu is bout personal matter. Aku rasa aku tak kacau orang pun. Dan dan my senior kutuk belakang2. Dah la kat orang yang aku tak kenal. Ish takpe. Lupakan benda tu. Ok pasal OIAM2 ni. OIAM ni adalah reality show kedua yang aku minat after AF. Beza antara dua ni satu AF is full of kezutan and drama yang membuatkan kita sentiasa nak tengok. OIAM ni pulak aku suka pasal judge2 dia yang veri da open bila komen sesuatu persembahan. Kalo hampeh, hampeh la dia cakap. Dat is wat i like bout it.

Sememangnya OIAM 2 ni kurang sket r berbanding dengan first. Tapi benda tu biasa la macam MI gak, first season memang power. Bila tiba time second hampeh jek. Ok persembahan last week agak bosan jugak la. Hanya Shila je yang dapat komen baik dari Syafinaz n Paul. Aku pun rasa that is da best performance from her. Aku bajet yang akan dapat g ke final nanti ialah Ayu, Sarah n Shila. Aku kurang minat Ab sket. Suara dia pun takde la bagus mana. Ayu ni aku pun terkejut boleh sampai top 4. Ye la selama ni kan orang Msia suka pandang pada rupa. But this time aku rasa taste orang ramai dah mula berubah. Sarah walaupun aku anti gak ngan dia ni tapi dia bagus apa. Just perangai dia je la yang buat aku kureng minat sikit. Other than that she is a really gud singer. Shila pulak dulu2 aku pun tak minat dia, masa dia kuar album masa budak2 dulu. Tapi dalam OIAM ni nampak la kesungguhan dia. Aku rasa dia memang layak nak g ke final. OK that's it. Hopefully ayu,sarah n shila make it to final. Not because GIRL POWER ke apa. Tapi sebab diorang ni memang ada bakat.

Montag, 11. Februar 2008

DUNIA BARU SEASON 3

Waa dah abis dah dunia baru season 3 kat tv3 ni. Penghabisan episod yang aku rasa tak puas n nak lagi dan lagi dan lagi. Akhir episod ni akhirnya Stryder tahu Opie tu Gem. Kesian r Suzana melepas tak dapat tackle Stryder. Tapi Opie belum sedia coz hati dia still cinta kat Adiff. Memang sedih la tengok last2 tu Adiff hepi wif Erika n Opie sedih gile. Maybe next season tunjuk camne Opie ngan Stryder bercinta pulak. Madihah dah pregnant. After Darius tahu Mardihah pregnant dia langsung tak jadik g US. So tak jadik cerai r diorang ni.

Ish tak sabar nak tunggu Dunia Baru Season 4 pulak. Minta2 menarik r citer die. 13 episod untuk satu season pendek sangat r. Lain kali buat la panjang sikit. Aduh lepas ni hari Isnin aku kembali membosankan la gamaknya. Cerita Sadiq n co. pun dah abis. Kalau camni BOSANNNNNNNNNNNNNNN.

Mittwoch, 6. Februar 2008

DUNIA BARU


Akhirnya keluar jugak Dunia Baru The Movie ni kat pawagam setelah lama menunggu. Memang tak sabar nak tengok citer ni. Untuk post ni bukan la nak komen tentang cite ni coz belum tengok pun lagi. Hari ini baru keluar kat wayangkan. Post ni aku just nak ceritakan perjalanan drama Dunia Baru ni dari drama hingga ke movie. Niwei aku tak ingat berapa watak penting dalam DBTM ni tapi biar aku senaraikan. Opie, Tajol, Anizah, Mardihah sengal(sebab die suke cakap sengal kat orang huhu), Suzana, Adiff, Erika(cun siot), Darius n Sariyah.

Aku ingat lagi masa awal-awal iklan promosi drama DB ni kat tv3 aku memang excited gila nak tengok. Sebab cerita ni nampak very refreshing dan masa tu memang aku dah lama tunggu cerita-cerita yang macam ni. Cerita remaja kat U yang masa tu takde sangat. First-first tengok DB season 1 tu aku agak kecewa la coz tak macam yang expect. Dia punya jalan cerita macam tak best. Bahasa dalam cerita ni tunggang langgang. So aku stop la tengok cerita ni.

Season dua pula, satu hari tu aku tertengok cerita ni masa lepak depan tv. Time tu tetiba aku terminat pula DB ni. Kadang-kadang lawak die memang geli hati la. Season2 ni aku nampak jalan cerita dia dah start menarik. Watak-watak diorang pun dikembangkan dengan bagus. Bahasa yang digunakan dalam cerita ni pon aku dah dapat terima. Maybe alah bisa tegal biasa kot. Pengakhiran season2 ni apa yang aku dapat rumus: Adif bercinta dengan Erika, Opie after break off dengan Yusof kecewa sebab Adiff dah berpunya, Opie ngan Suzana jadi adik-beradik tiri coz parents diorang kawin, Mardihah kawin dengan Darius yang sengal, Anizah kene kacau dengan ex die.

Season 3 yang masih tayang sekarang ni makin best cerita die. Satu watak tambahan di bawa masuk: Stryder aka Rio. Stryder ni rakan chat Opie. Time chat ni la Rio ajak Opie keluar. Rupanya dekat luar perangai Rio aka Stryder ni sengal. Ada la kes ngan Opie ni gak. So Opie pun tak jadik nak tunjukkan diri die sebenar. Mardihah pula ada masalah ngan Darius coz Darius nak ceraikan die. Season 3 ni still ada kat tv3. Aku memang suka r layan DB ni.Hopefully movie die pon se best DB kat tv. Kat bawah ni ada lagu Cinta Antara Kita duet Baizura Kahar aka Erika dengan Duta. Lama-lama dengar lagu ni memang best wo. Layan habis.

Freitag, 1. Februar 2008

U KNOW U'VE BEEN IN MALAYSIA TOO LONG WHEN...


Korang penah tak ade kawan foreigner atau datang dari negara lain. Pernah tak tanya diorang camne rasanya duduk kat Malaysia. Best ke boring ke? Kat bawah ni adalah senarai U KNOW U'VE BEEN IN MALAYSIA TOO LONG WHEN... yang aku jumpa kat satu forum. Diorang ni dah lama duduk kat Malaysia atau pernah duduk kat Malaysia. Kadang-kadang lawak gak diorang punye pendapat ni. Some part tu memang kita tak terfikir pun. Apapun layan..

1. You've got a variety of lah, mah, meh, lor etc. in your vocabulary and use them constantly
2. You pop in a shopping mall just because 'they have aircon in there.'
3. You're outraged when they increase the price of petrol from RM1.40 to RM1.50
4. You forgot why piracy is supposed to be bad when it's apparent how good it is.
5. You don't care about red lights any more...
6. You ask 'Can you help me?' when a police officer approaches you.
7. You moan about when Roti Canai comes for RM0.60 when it used to be just RM0.50.
8. There are more lanes of cars than there are actual car lanes, and you are one of the people, happily driving in the emergency lane...
9. You think there's nothing wrong with putting chili sauce on everything you eat.
10. Durian and belachan no longer stink to you.
11. You automatically take money out of your wallet to hand over when you're pulled
over by a policeman.
12. You talk about "pollution days" when your friends talk about "snow days".
13. Monsoons? unusual? never.
14. You've forgotten what a clear sky looks like.
15. You have a supply of breathing masks inside your store room. Damn those indonesians!
16. An entire road that only sells foot massages no longer seems strange to you
17. You have worked out the position of every ladyboy in KL, and can weave around them seamlessly without ever hearing "Hello, handsome man. You want boom-boom?"..
18. Malaysian bread no longer tastes strange.
19. A traffic jam where every car is pointing in a different direction no longer seems strange to you.
20. No longer bothers with zebra crossings, even at busy highways
21. Purple balls hanging from a 5 story christmas tree no longer look unusual.
22. Gardenia tastes "so good, you can even eat it on its own".
23. You say "I'm on my way" and really mean "I'm just getting into the shower." Upon arriving 20 minutes late, you blame it on the traffic.
24. In public bathrooms, the squatty toilets actually are more appealing to you than the western ones.
25. It's nothing unusual to pay for the meals of your friends, since they do it as well when it's "their turn".
26. Being reserved and polite is a sign of respect and good up-bringing (unlike in
Western culture).
27. You can clearly distinguish 3 different races - Malays, Chinese and Indians...(which in my view is not really a nice trait as we must accept and get along with everyone)
28. You find different places of worship in the same district normal, e.g. mosques,Buddhist temples, Hindu temples and even churches!
29. You can find Chinese letters almost everywhere next to Bahasa Malaysia...
30. You begin to cherish driving in Europe, thus no motorcycles surrounding you, traffic lamps which are actually obeyed, cordial drivers (well at least some of them, hehe) and having cars sticking to their lanes.
31. You begin missing your "maid" at your relative's house as there's no one to do your household for you!
32. Tea with milk (Teh tarik) is nothing strange to you
33. You automatically put your hand on your chest after shaking someone's hand (as in "salam" with someone)
34. You forget how to use fork and knive (cause you were too busy eating with your hands
35. The Trishaw drivers know you already by name
36. You pay a reasonable price for a taxi ride
37. You haven´t got a meal for a couple of days that was TOO spicy and the "kraft chili sauce" tastes just sweet
38. throwing toilet paper not into the toilet but into a trash can is absolutly normal for you
39. a shop in a mall selling only faked/copied dvds and cds is nothing special..not
for you..not for the police
40. If you travl by nightbus you are prepared to handle the freezing cold aircon and the enormous loudness of the movies
41. It's no longer strange to you taking your to-go teh/kopi in a plastic bag, carrying it with a band on your wrist and drinking it with a straw.
42. u start speaking manglish in other parts of the world n wonder why people don´t seem to understand u...go makan, lah...
43. It's normal to go to various "kenduris" in a small spam of time, even if it is just for the sake of the food! lol
44. You miss regular visits to friends and relatives!
45. You stop laughing about the "no spitting" signs in some restaurantes
46. A girl wearing a scarf but also tight pants and top seems no longer strange to you
47. ...beeing TOO long in Malaysia??? Impossible! I want to go back!!

Mittwoch, 30. Januar 2008

CLOVERFIELD


Semalam baru lah dapat tengok cloverfield. Selama ni ramai dah yang war-warkan cerita cloverfield ni is da best movie of 2008. But at da same time byk gak review yang mengutuk citer ni. So bile nak tengok cite ni aku just nak enjoy da movie. Nothing much expectation. So kalo cite ni hampeh atleast takde la hampa cam citer harry potter ari2. Expect to much, aleh-aleh tak bleh dibanggakan sgt.

Ok warning utk sape yang nak tgk cloverfield ni: Cite ni bukan cite pasal camne raksasa or alien attack NY tapi camne diorang ni try to survive sampai la ke penghabisan cite..huhu.. Ok bagi aku Cloverfield is sumthing unique la. Yup da camerawork is very shaky n awal2 tu pening pon ada. Tapi dari sini la dapat menimbulkan suspens n kita boleh rasai sendiri pandangan dari kaca mata diorang. Yang menjadik tanda tanya camne la camera tu bateri die bleh tahan lama gile. Dah lah guna light n night vision plak tu.huhu.

Ending cíter ni agak mengecewakan sesetengah orang la. Aku pon awal2 camtu gak tapi pikir balik, maybe sebab citer ni just about how they tried to survive tu jek. Kalo nak tengok camne diorang kalahkan alien tu ke maybe ade next cloverfield 2 ke mane tau. Aku ade terbaca review yang diorang cakap ada clue la dalam cite ni bila alien tu datang. Diorang cakap penghabisan cite tu lepas kene bom, kamera tu ada flash back to april and camera is focused on the ocean. A sec b4 camera to turn kat Rob, korang bleh nampak alien jatuh dalam ocean tu. Tapi aku dah tengok betoi2 takde pon. Ape punya spoiler la. So aku bleh kategori kan cite ni sebagai ok up sket. Bagi yang cepat pening kepala lagi baek elak tengok cite ni atau korang akan membazir duit kuar after 10 minutes tengok citer ni..huuhu.

Sonntag, 27. Januar 2008

GAMBAR2 AJL

Layan gambar2 time AJL. Kredit to www.gua.com.my sebagai penyiar rasmi AJL22.












Penyampai AJL yang best Ally,Farah,Cheryl n Faizal Ismail, Jinbara yang memang cun abis. Setiap sorang pakai coat lain2 colour. Rock metrosexual gitu. Ops gambar Nora asyik sangat menari tak hengat. Menang gak akhirnya.














WOw merah mak ngah..Siti yang cute tetap vogue walaupon ade orang kutuk cakap baju die ala2 baju hujan n baju jedi tak jadi..huhu..fiq dengan aksi steng nye. Nak tau steng ape?? Biarlah rahsia..








Misha Omar n Andy Flop Poppy yang nampak veri da romantik. Aishah kali ni angkut anak-anak die..skali sekala apa salahnya. Ha pompuan ni la yang menjadik misteri sampai sekarang. Siapakah die??






Jac n Lah yang memang sesuai coz sama2 tinggi..kak melah yang menghampakanku sob sob



Sekejap putih sekejap hitam..Itulah magik yang mawi cuba lakukan selain dari tarian die yang agak tip top skrg. Ala2 david copperfield gitu. Pasni cube baiki vokal lak ek.



N last JUARA AJL 22 ESTRANGED dengan gaya yang smart. Tahniah Estranged.


*Gambar Bob takde. Gambar Sofaz tak nak letak coz baju tak up langsung. Tengok r Estranged n Jimbara tu sket. Walaupon band tetap boleh bergaya ape. Ni AJL bukan konsert kat fun fair..huhu

AJL: Result







WOW memang best gile AJL yang ke 22 ni. Semua lagu yang bertanding memang hebat dan persembahan diorang memang betul2 power dan bertenaga. Kalau dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas, tahun ni semua penyanyi melakukan persediaan dengan bersungguh-sungguh. Tengok je la hasil dia, takda cacat cela yang menampakkan kelemahan persembahan diorang. Pembukaan oleh Jimbara memang rock habis. Dah la dioran smart gile pakai kot colorfull, vokal vokalis diorang jangan cakap r hebat gile. Yang lain-lain pun hebat.

Ok kalau dari segi persembahan pentas aku rasa yang menarik ialah mawi, aishah and fazli zainal. So rasa memang layak r mawi menang persembahan terbaik. Siap wat magic sket lagi td huhu.

Untuk vokal terbaik antara pilihan aku tadi fazli zainal, jinbara n bob. Jac pun aku rasa bagus tapi lah punya vokal cam kureng sket r. Maybe tenggelam dek vokal jac yang power tu kot. So aku rasa untuk vokal terbaik ni coz of jac la.

Etnik kreatif: Aku agak kecewa r dengar lagu Dirgahayu kat AJL ni. Errangement muzik die nampak slow n perlahan. So hasilnya nampak boring la. Aku bajet lagu ni bleh menang coz aku suka rentak die yang memang agak asli. Kemenangan Samudera memang ramai dah jangka. Maybe sebab lagu ni unik n sesuai dengan semua peringkat umur kot.

Pop Rock: Memang semua yang bawa lagu pop rock kali ni hebat kecuali kumpulan Sofaz yang agak biasa saja. Jinbara jangan cakap la memang opening yang sangat bagus. Then Siti takleh cakap ape r. Just vokal die je aku tak puas sangat. Aku rasa time semi lagi best vokal die. Misha n Andy walaupon ringkas tetap best. Mawi aku suka sebab lagu die memang best. Vokal die pun agak kurang gak time bawa lagu ni. Estranged aku memang tak sangka akan menang coz veri da underdog. But my sis jangka lagu ni menang n memang betul jangkaan die. Lagu Itu Kamu ni memang relax n santai. Maybe ni adalah citarasa juri kali ni. Tengok r sampai menang JUARA LAGU lagi tu.

Balada: Ketiadaan Faizal Tahir nampaknya tak membuahkan hasil juga bagi komposer2 n lyricist2 lagu die. Kejutan rupanya ajai tak jadi bawa lagu ni. Kenapa? Aku pun tak tau tapi pemilihan Bob aku rasa memang tepat. Walaupon die nyanyi dengan bantuan skrin kat depan tu, aku rasa die bawa lagu tu agak bagus r(walaupon aku lagi suke FT bawa lagu ni). Fiq pon bawa lagu Mahakarya Cinta dengan cara die sendiri. Tak terdapat unsur FT dalam 2. Fazli Zainal..memang powerfull. Dengan melodi lagu Harapan tu yang sangat sedap tambah dengan vokal mantap die, menjadikan lagu Harapan antara paling sedap dalam AJL kali ni. Ceritera Cinta melodi die pon best. Tak tau nak komen ape. Dan juara balada ialah Izinku Pergi yang dinyanyikan oleh Sahri. I think Sahri has done a good job. Nampak takde salah silap die bawa lagu ni. So peminat Kaer have to thank him for that. Malangnya Azlan Abu Hassan tak dapat menang AJL lagi sekali cam tahun lepas. Tapi satu jek pertanyaan aku. Sape pompuan yang bawak lilin tu? Tak perasan la.

Last aku puas hati sangat dengan AJL 22 ni coz very da gud. Walaupon tak sangka Estranged menang tapi dah juri2 pilih terima je la. Nampaknya prediction aku semua salah(malu..malu...haha). Tapi takpe nama pon predict kan. Veri da hepi:)

Samstag, 26. Januar 2008

AJL22: Prediction








Wa esok AJL22. Memang tak sabar nak tengok AJL ni coz die anugerah plg berprestij kat Malaysia ni. Sebab tu r rancangan ni bertahan lama. Hm AJL kali ni yang bertanding semua hebat-hebat macam Siti, Aisyah, Ramlah Ram, Nora. Walaupon ada kontroversi siapa yang nak ganti Faizal Tahir last2 minute camni, akhirnya dah terungkai gak. Fiq bawak lagu Mahakarya Cinta n Ajai bawa lagu Kasih Tercipta. Ikutkan ramai gak la tak suka Ajai bawa lagu tu. Tapi dah lagu die, die berhak la nak suruh orang nyanyi ke atau die nak pulun sendiri. Haha. Ikutkan aku pon kureng gak kalo die bawa lagu ni.

Sebab AJL ni juara lagu2 so boleh r kite predict sapa yang menang. Penyanyi2 ni just kasik bonus point je kat lagu tadi.OK dis is my prediction:

JUARA ETNIK KREATIF: DIRGAHAYU
JUARA BALADA: MAHAKARYA CINTA
JUARA POP ROCK: ANGAN DAN SEDAR

Just my opinion. 50% la aku rase lagu2 ni akan menang. Juara keseluruhan tak berani nak predict coz blom pakar lagi..haha..Jangan lupa AJL esok kat tv3

Donnerstag, 24. Januar 2008

BIARKAN SAKA MENGHANTUI HIDUP ANDA!!!










Saka ni memang terkenal dikalangan orang Melayu. Saka ni selalunya diwarisi dari keluarga kita jugak. Selalunya orang yang ada saka ni buat perjanjian dengan jin2 la. Orang dulu2 yang wat bende2 camni utk jaga keluarga bila diorang merantau, utk tolong bila bertani(kasik tenaga lebey huhu) n macam2 lagi r. Bahaya gak saka ni. Diorang cakap susah nak mati kalo takde sapa nak waris. Pastu kalau mati hantu tu akan menyerupai tuan die n berlegar2. Cuak siot. Lagi2 kalo memalam selongkar dapoq cari makanan. Uish cuak nak g dapuq camni.

OK pasal cerita SAKA kat tv3 ni. Aku tengok jek iklan cite ni memang dah tak sabar nak tengok pasal pelakon die hebat2. Paling hebat biasa la Datuk Rahim Razali. Susah nak tengok die belakon drama terutama drama hantu macam ni. Awal2 cerita macam tak seram langsung. Hantu pon macam lawak jek guna 3D. Tapi after 15 minutes baru la rasa jantung ni dug dag dug dag. Seram gak tengok hantu die. Tapi yang best ade effect best bile Pak Din(Rahim Razali) bunuh atau bakar hantu tu..best jek.. Niwei suka gak la cerita ni sebab ada unsur2 islamik sikit especially bila Zizan Nin cakap "Buat apa nak minta tolong kat jin ni semua. Kita ni manusia dituntut utk mintak tolong dari Allah". Respek gak r kat penulis skrip dia.

Lepas ni pasti cerita SAKA ni pon akan jadik cerita wajib tengok aku setiap minggu huhu. Taknak miss. Kalau nak dibandingkan dengan Anak Pontianak aku rasa cerita SAKA ni lagi best kot coz heroin cite ANAK PONTIANAK cam tak pandai belakon jek. Heroin citer SAKA ni tengok la siapa..Juliana Ibrahim. Memang dah tau die bleh berlakon. Ary Putra pon ada berlakon dalam citer ni. Diorang bertiga ni kirenye jadik GHOST BUSTER r bawah arahan Pak Din tu. Watak antagonis dalam citer ni sapa lagi kalau bukan Nasir Bilal Khan. Tak sabar nak tunggu next episode. Suspen gile:P

Mittwoch, 23. Januar 2008

KASSIM SELAMAT


Semalam sedang aku pergi cari blog2 yang best, aku terjumpa satu blog yang lain darí yang lain. Pada mulanya aku rasakan "ah blog ni sama je macam yang lain". Tapi setelah aku amati dan baca post2 yang ditulis, nyata tanggapan awal aku silap. Blog Kassim Selamat yang aku lawati itu tidak seperti blog2 lain yang selalu aku bertenggek. Jika blog lain banyak menceritakan tentang hiburan semata2, blog kasim selamat ini pula menceritakan hari2 seorang OKU.

Hati aku sebak bila baca post2 beliau. Ternyata nikmat yang kita kecapi ini hanya sementara. Boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Seperti saudara KS, hanya kerana seekor nyamuk Aedes hidupnya berubah. Tapi aku bersyukur sebab isteri KS mmg setia n penyabar. Susah nak dapat isteri yang sentiasa ada di sisi waktu susah dan senang. Insyaallah syurga dijanjikan bagi isteri yang solehah.

* Membaca blog KS membuatkan aku insaf, sememangnya aku selalu saja leka. Aku berdoa KS dan keluarga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.

Dienstag, 22. Januar 2008

KENAPA MAK AKU BANTAI AKU SURUH PI BELAJAR BI

Ini adalah salah satu iklan lawak yang aku jumpa kat youtube. That's why we should learn other languages 2. Memang lawak tapi memang maksud die jelas. Tengok je la muka mak bapak diorang layan lagu tuh. Tak kering gusi aku tengok iklan ni. Kalo kat Malaysia mesti tak lepas ek.

Montag, 21. Januar 2008

SADIQ & CO.


Sadiq n co. Mungkin ramai yang tak tau cerita Sadiq n co. ni coz die di tayangkan dekat ntv7. First time tengok cite ni aku dah tertarik dah dengan jalan cerita dia. Cerita dia tentang hari-hari seorang peguam la. Cerita ni pelakon die semua best2 like Eja, Aaron Aziz, Tony Eusoff n Dee. Apa yang menariknya setiap pelakon ade watak masing2 yang memang menarik n pelakon2 ni bawak watak diorang dgn bagus giler.

Aaron Aziz bawak watak playboy n nakal sket dalam cter ni. Memang sesuai r ngan dia coz dia ade gaya cam tu gak kan. Eja dlm citer ni nampak r peningkatan lakonan die. Dalam cter ni tambah2 cantik gitu Eja ni. Satu Eja ni aku salute, tak yah nak seksi2 tahap malaun dah nampak lawa dah. Ada sesetengah artis tu harap seksi jek lebey tapi....eh dah silap tajuk plak..N aku mmg suka lakonan Tony Eusoff. Walaupon die ni tak de la popular sgt kat M'sia ni tapi aku rasa dia adalah salah sorang pelakon yg hebat. Respek r kat die.

Aku minat gile citer ni. Setiap ari jumaat mst tengok. Citer bertambah best pasal ada unsur suspens dalam die especially kat pejabat diorang n roh Tuan Sadiq tu datang. Memang nampak suspens habis r. Tapi lawak2 gak. Dee of course r buat citer ni jadi tak kering gusi. Pelakon lain pon kadang2 wat citer ni cam cite komedi plak.
Aku rase kne kasik pujian r kat penulis cite ni coz skrip die yg menarik. Walaupon cite ni takde r se best citer Ally Mcbeal tu tapi cite ni tetap jadi cite WAJIB TONTON aku.

Samstag, 19. Januar 2008

Kejamnya seorang bernama manusia?

Kisah penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin dah lama berlalu tapi still terpahat kat ingatan kitakan. Boleh dikatakan ni antara pembunuhan yang kejam yang berlakú kat Malaysia selepas kejadian pembunuhan oleh Mona Fendi masa dulu. Yelah mane tak kejam nye diorang ni sanggup nak bunuh budak2. Takde perasaan ke hape. Aku rase pembunuh ni boleh dicop sebagai gila nak mampos.

poster cari sharlinie,  Image Hosting

Yang terbaru adalah kes penculikan adik Sharlinie. Rasa semua dah tahu coz heboh satu Malaysia. Rasanya kes ni dah dua minggu kalau tak silap tapi adik Sharlinie masih tak di jumpai. Rasa dah banyak usaha dah dijalankan dah utk cari adik Sharlinie tapi masih tak berjaya. Bukan polis je cari tapi orang ramai pon dah membantu. Yang menyedihkan ada gak orang yang takde otak or perasaan yang nak hantar sms palsu kat bapa Sharlinie. Siap míntak DUit tebusan lagi tu. Ish memang tak paham btol dengan diorang ni. Lagi nak merumitkan keadaan.

Aku rasa dalam hal ni semua harus bertanggungjawab. Jangan salahkan ibu bapa jek sebab memang kadang kala manusia selalu leka. Kadang2 kita tak sangka bende ni akan jadi kat kite. Tapi aku rase sekarang ibu bapa dah makin berjaga-jaga terutama yang dekat bandar. Konsep jaga tepi kain orang yang dulu kita anggap negatif aku rasa tak salah diamalkan kalau untuk kebaikan. Sekarang apa yang perlu kita buat adalah sama-sama prihatin dan sama-sama berdoa agar adik Sharlinie dapat dijumpai dalam keadaan selamat n sihat. Hopefully kejadian yang menimpa adik Nurin tak berulang.

Freitag, 18. Januar 2008

OPENING CEREMONY

hello guys. Welcome to my blog n here is my first post. So wanna to know more about me n why I start blogging?here they are:

Soalan 1: kenapa start blogging?
Jawapan: Selama ni selalu lawat blog-blog orang n baca apa yang diorang tulis. So why not start blogging myself.rite?

Soalan 2: Blog apa yang you selalu bertenggek?
Jawapan: Banyak gak blog yang slalu aku bertenggek. The blog that I love most is Mr.Managér sebab cerita-cerita dia memang menarik. Yang lain-lain klubkidd, ajami, sultanmuzaffar, badrulafter6, chedd, saifulnang, n lots more. Dulu memang suka g blog SM tapi la ni dia cam dah kurang blogging coz sibuk keje kot.

Soalan 3: Nak blogging pasal ape??
Jawapan: Yang tentu skali bukan pasal my life coz it is so boring n dull. Banyak nanti nak blogging pasal of course komen-komen hiburan dari amatur cam aku, pasal bende2 menarik kat dalam internet ni, n more.

Soalan 4:Komen?Kalau orang tak setuju dengan kau camne?
Jawapan: Nasib la. Nama pun komen dari amatur kan. Haha.

Soalan 5: Taknak blogging pasal engineering?
Jawapan: Sorry. No comment.