Mittwoch, 23. Januar 2008

KASSIM SELAMAT


Semalam sedang aku pergi cari blog2 yang best, aku terjumpa satu blog yang lain darí yang lain. Pada mulanya aku rasakan "ah blog ni sama je macam yang lain". Tapi setelah aku amati dan baca post2 yang ditulis, nyata tanggapan awal aku silap. Blog Kassim Selamat yang aku lawati itu tidak seperti blog2 lain yang selalu aku bertenggek. Jika blog lain banyak menceritakan tentang hiburan semata2, blog kasim selamat ini pula menceritakan hari2 seorang OKU.

Hati aku sebak bila baca post2 beliau. Ternyata nikmat yang kita kecapi ini hanya sementara. Boleh datang dan pergi dengan izin Allah. Seperti saudara KS, hanya kerana seekor nyamuk Aedes hidupnya berubah. Tapi aku bersyukur sebab isteri KS mmg setia n penyabar. Susah nak dapat isteri yang sentiasa ada di sisi waktu susah dan senang. Insyaallah syurga dijanjikan bagi isteri yang solehah.

* Membaca blog KS membuatkan aku insaf, sememangnya aku selalu saja leka. Aku berdoa KS dan keluarga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah.

Keine Kommentare: