Samstag, 29. März 2008

KONSERT KE-2 AF6

Uish dah lama juga aku tak tulis apa-apa kat blog ni ek. Hm minggu lepas ingat nak tulis pasal persembahan konsert bebudak af6 tapi tetiba sibuk pula. Lagi pun persembahan diorang minggu lepas veri da weak gitu. Yang ok pun ade lah 3-4 kerat jek. Ok this week lagu tugasan yang diorang dapat memang mencabar. Pertamanya jauh dari apa yang diorang selalu nyanyi dan keduanya karekter yang berbeza juga. Overall persembahan semalam ada up sket berbanding last week. Pembukaan Okke la tuh bak kata Saida..huhu. OK nak komen persembahan diorang ni(walaupon aku bukan profi).

Lufya - Cintaku 100%
Aku ni memang peminat dang dang dut..So aku ada high expectation untuk lagu ni. Percubaan yang baik dari Lufya walaupun biasa je. Satu vokal Lufya ni dia suka tarik2 n panjang2kan. Last2 apa yang keluar dari mulut die tu sound veri da pelik. Tapi salute sebaik memang gelek maut r. Tapi ada satu yang memalukan terjadik. Korang perati la betul2 time die menari tu, apa yang agak shame2..haha
3/10

Toi - Sang Pencinta
Pertama kali aku nampak jek dia, hati aku cakap apa la buruk sangat baju Toi ni. Harap jek ada Perunding Imej dalam tu. Tak buat keje apa. Nak buat gaya macam Sifu tapi kain dia jenis kain lembut. Nampak melayang jek n saiz macam tak fit untuk badan Toi. Nyanyian Toi ok la but too cool. Maybe he play safe kot sebab dia tau lagu ni susah.
3/10



Stanly - Sudah tu Sudah
Pilihan lagu yang agak tak best. Bagi aku kali ni Stanly agak teruk la. Penyampaian dia dalam lagu ni tak jelas sangat. Ntah tak tau nak komen apa coz nyanyian dia memang tak lekat kat jiwa ni.
4/10

Rina - Ku Seru
Awal2 Mama Rina start nyanyi jek aku dah suka. Awal2 dia best tapi bila dah tengah sket dia macam tak kawal suara dia. Dapat la dengar bunyi tak best. Tapi overall aku respek r coz she did quite a good job.
5/10

Alif - Angan dan Sedar
Persembahan Alif untuk minggu ni n minggu lepas is so da same. Cara dia nari cara dia pusing tangan dia. Sama jek. Streotype sangat. Kalo tak caya tengok la Konsert minggu lepas punya. Suara ok2 jek. Ada satu part tinggi tu dia tak berjaya hit. Jelas gak r time die kantoi tu.
4/10

Ika - Malu tapi Mahu
Lagu ni memang susah nak bawa. Aku dengar Dina bawa pun takde la sebagus mana. Part low memang low. Kalau untuk lelaki ok kot nak nyanyi lagu ni. Tapi untuk Ika memang rosak jadinya. Bukan la seteruk minggu lepas tapi antara semua pelajar AF6 ni vokal dia la yang paling lemah skali.
2/5

Naim - Aspalela
Naim is so la biasa jek nyanyian dia. Kesian gak kat dia coz dapat lagu ni. Tapi aku rasa dia antara yang tak lama kat dalam AF ni. Maybe he will be da first guy in AF6 ni yang akan terkeluar. Persembahan so-so jek.
2/10

Faisal - Ranggi Metropolis
Aku rasa Faisal ni tak sesuai la jadi penyanyi nasyid. Jadi penyanyi rock lagi ada gaya. Haha. Bak kata Ning dia dah tebus kesilapan dia minggu lepas. Gaya 10 markah. Vokal better than last week. Overall he was good. Aku enjoy la tengok show dia.
5/10

Saida - Doktor Cinta
Tarian die was awesome. Dengan bantuan teknik kamera nampak dia menarik memang lawa. Tak sangka gak dia teror nari. Tak kesah apa kata Adlin tapi dia menari memang lawa. Just vokal die jek yang agak teruk. Sometimes rasa suara die veri da berdesing gitu.
Ada part yang dia tak lepas. Pasni dia kena work hard on her vocal la.
4/10

Stacy - Rela
Aku ngaku dia ada suara yang bagus. Apa yang aku suka bila dia nyanyi tak dengar la pelat Sabah dia tu. AF before this kalau diorang datang dari Sabah n Sarawak dengar pekat sangat loghat negeri diorang tu. Tapi Stacy ok. Persembahan dia memang konsisten. See u in final. Hua Hua.
8/10

Riz - Separuh Masa
Lagi sekali pilihan baju yang sux. Menampakkan Riz ni gemok nak mampos. Sape la suruh kasi pakai baju belang horizontal, memang la nampak gemok. Ish kalo camni lagi baik aku jek yang jadi Penasihat Imej AF. Nyanyian Riz so-so jek. Menurun berbanding minggu lepas. Nampak Riz tak guna his full energy. Quite pelik gak la macam dia dah hilang motivation jek.
6/10

Nubhan - Tak Bisa Memilihmu
Nasib Nubhan baik dapat lagu yang betul sesuai dengan suara dia. Suara dia memang unik n sedap didengar. Vokal dia memang bagus. Tapi banyak gak dengar suara dia terkucil. Overall memang best.
7/10

Nadia - Umbrella
Pakaian lagi sekali aku tak suka. Color hitam nampakkan Nadia tenggelam. Dah la dancers pon pakai baju hitam. Nyanyian Nadia agak menurun berbanding minggu lepas. Aku rasa dia try too hard la too impress people. Tapi ok gak la. Takde r teruk sangat.
6/10

Menuju Puncak
Benci gila coz miming jek. Veri tak profesional. Tak masyuk la. Mintak2 next week diorang tak wat camni lagi. Tarian ada improvement. Berbanding minggu lepas yang memang tungang-langgang, minggu ni nampak lebih teratur.

Pelajar lelaki terbaik- Nubhan
Pelajar perempuan terbaik- Stacy