Samstag, 19. Januar 2008

Kejamnya seorang bernama manusia?

Kisah penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin dah lama berlalu tapi still terpahat kat ingatan kitakan. Boleh dikatakan ni antara pembunuhan yang kejam yang berlakú kat Malaysia selepas kejadian pembunuhan oleh Mona Fendi masa dulu. Yelah mane tak kejam nye diorang ni sanggup nak bunuh budak2. Takde perasaan ke hape. Aku rase pembunuh ni boleh dicop sebagai gila nak mampos.

poster cari sharlinie,  Image Hosting

Yang terbaru adalah kes penculikan adik Sharlinie. Rasa semua dah tahu coz heboh satu Malaysia. Rasanya kes ni dah dua minggu kalau tak silap tapi adik Sharlinie masih tak di jumpai. Rasa dah banyak usaha dah dijalankan dah utk cari adik Sharlinie tapi masih tak berjaya. Bukan polis je cari tapi orang ramai pon dah membantu. Yang menyedihkan ada gak orang yang takde otak or perasaan yang nak hantar sms palsu kat bapa Sharlinie. Siap míntak DUit tebusan lagi tu. Ish memang tak paham btol dengan diorang ni. Lagi nak merumitkan keadaan.

Aku rasa dalam hal ni semua harus bertanggungjawab. Jangan salahkan ibu bapa jek sebab memang kadang kala manusia selalu leka. Kadang2 kita tak sangka bende ni akan jadi kat kite. Tapi aku rase sekarang ibu bapa dah makin berjaga-jaga terutama yang dekat bandar. Konsep jaga tepi kain orang yang dulu kita anggap negatif aku rasa tak salah diamalkan kalau untuk kebaikan. Sekarang apa yang perlu kita buat adalah sama-sama prihatin dan sama-sama berdoa agar adik Sharlinie dapat dijumpai dalam keadaan selamat n sihat. Hopefully kejadian yang menimpa adik Nurin tak berulang.

Keine Kommentare: